SEJARAH PUSAT SUMBER SKLH 2
Pusat Sumber Sekolah SK LKTP Lepar Hilir 2 telah wujud sejak perasmian bangunan sekolah pada tahun 1984. Pada masa itu pusat sumber sekolah terletak di bangunan lama Blok A di bahagian tingkat atas. pada masa itu pusat sumber hanya menggabungkan dua buah bilik darjah dan berhampiran bilik guru lama.
Pada tahun 2004 setelah mendapat bangunan baru Blok C sekarang, pusat sumber sekolah telah dipindahkan ke tingkat tiga dan kedudukanya kekal hingga sekarang . penyediaa ruang yang lebih luas dan selesa di bangunan baru ini amat sesuai sekali sebagai lokasi pusat sekolah.
Pusat Sumber Sekolah SK (LKTP) Lepar Hilir 2 mempunyai satu bilik besar sebagai perpustakaan, satu bilik tayangan, satu bilik alat bantu mengajar (ABM). Didalam bangunan pusat sumber ini juga terdapat tiga bilik khas iaitu bilik penyelenggaraan perpustakaan dan media (GPM), bilik operasi kerja pengawas perpustakaan dan bilik Self Acces Learning (SAL).
No comments:
Post a Comment