Friday, 22 March 2013
SELAMAT BERCUTI KEPADA GURU-GURU DAN MURID SK LKTP LEPAR HILIR 2
SELAMAT BERCUTI KEPADA GURU-GURU DAN MURID SK LKTP LEPAR HILIR 2
SEMOGA CUTI KALI INI MEMEBERI MANFAAT KEPADA KALIAN.
SEKOLAH AKAN DI BUKA SEMULA PADA 1 APRIL 2013.
LOGO SK LKTP LEPAR HILIR 2
LOGO SK LKTP LEPAR HILIR 2 BOLEH DI COPY DENGAN MENGKLIK PADA GAMBAR KEMUDIAN KLIK KANAN MOUSE ANDA PADA GAMBAR KEMUDIAN SAVE IMAGE AS
Monday, 18 March 2013
MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2013
Sekitar majlis pelancaran minggu anti dadah yang akan berlangsung dari 18 mac hingga 22 mac 2013. Perasmian di sempurnakan oleh Guru Besar SK LKTP LEPAR HILIR 2 En Saniy tai b. Abdullah.
Thursday, 14 March 2013
MESYUARAT AGUNG PIBG YANG KE 8
Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada. 14 mac 2013 bertempat di Dewan terbuka SK LEPAR HILIR 2, Majlis ini telah di meriahkan dengan kehadiran ibu,bapa,penjaga, Guru-guru dan ahli jawatankuasa tertinggi PIBG. Majlis ini telah di rasmikan oleh YB Adun Lepar (N18) En Mohd Sohaimi b. Jusoh. Antara tetamu kehormat lain yang hadir adalah Pengurus Felda lepar hilir 2 En Hamidon bin Kelan dan Naib Pengerusi JKKR En Azmi bin Soyot. Majlis ini di mulakan dengan bacaan doa yang di pimpin oleh Tn hj harun bin Kasa Biro pendidikan Felda lepar hilir 2. Antara acara yang berlangsung adalah sesi pelantikan Ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2013, pembahasan usul dan cadangan serta penyampaian duit KWAMP. Majlis berjalan dengan lancar dan majlis bersurai pada jam 6 petang.
Wednesday, 13 March 2013
Monday, 11 March 2013
MESYUARAT KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG
SK LKTP LEPAR HILIR 2 akan mengadakan Mesyuarat agung PIBG kali ke 28 pada hari khamis jam 2.00 petang. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat kerja telah di adakan di bilik PKKP pada jam 10.30 pagi. Wakil PIBG dan semua guru-guru telah mengadakan perbincangan mengenai perjalanan program yang akan berlangsung nanti. Berikut adalah gambar yang sempat di rakamkan semasa berlangsung mesyuarat kerja.
PENYAMPAIAN HADIAH DAN PRA PERTANDINGAN MTQ
Pada perhimpunan pagi isnin 11.3.2013 telah diadakan penyampaian pingat kepada pasukan bola baling yang telah memenangi tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah serta jurulatih yang berusaha keras untuk mendapat tempat dalam pertandingan ini.
Selain itu, diadakan juga sesi persembahan oleh pelajar yang akan menyertai pertandingan peringkat MTQ.
BACAAN YASSIN MINGGUAN
Setiap minggu unit kecemerlangan bekerjasama dengan panitia pendidikan islam akan mengadakan bacaan yassin mingguan untuk pelajar tahun 6. Program ini diadakan bertujuan mengukuhkan dan mendidik pelajar dari segi kerohanian sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR nanti.
Wednesday, 6 March 2013
MEMPERKASAKAN PSS
Untuk pengetahuan pengunjung blog, Pusat sumber SKLH 2 belum lagi di buka untuk para pelajar dan guru-guru kerana masih dalam proses penyelenggaraan. Seperti yang dapat disaksikan di dalam gambar di bawah. Pengawas PSS bertungkus lumus mengemaskini dan menyusun kembali buku-buku di rak bagi memudahkan para pengunjung mengakses buku-buku tersebut dengan lebih mudah. Saya selaku guru GPM mengucapkan ribuan terimakasih kepada pengawas pusat sumber yang memberikan kerjasama yang terbaik dan sanggup mengorbankan cuti pada hari sabtu dan ahad demi mengemaskini pusat sumber untuk kemudahan pelajar dan guru-guru. Pada 2 dan 3 mac lalu, Pengawas pusat sumber bersama-sama dengan guru GPM telah berjaya mengemaskini buku-buku di rak dengan datang seawal jam 8 pagi dan pulang pada jam 1 tengahari.
berdasarkan gambar di bawah kita dapat saksikan betapa berselerak buku-buku di lantai dan di meja. setelah selesai proses penyelenggaraan PSS, admin akan mengemaskini gambar-gambar PSS dari masa ke semasa.
Friday, 1 March 2013
YASSIN BULANAN
Setiap bulan SK LKTP LEPAR HILIR 2 sentiasa mengadakan pelbagai program mengikut kalendar takwim yang telah di tetapkan oleh pihak sekolah. Antara program yang di jalankan adalah program bacaan yassin bulanan. Setiap kali program ini diadakan semua murid akan dikumpulkan di dewan Sekolah seawal jam 7.30 pagi. Program bacaan yassin ini akan di adakan pada setiap minggu ke empat pada hari jumaat. Penyertaan bacaan yassin ini termasuk prasekolah, kelas pendidikan khas, tahun 1 hingga tahun 6 dan semua guru-guru. Selain itu juga, pihak sekolah juga menjemput seorang wakil dari PIBG bagi bersama- sama mengalunkan bacaan yassin dan sekaligus mengetuai bacaan yassin ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)